
JASIN, MELAKA 12 Jun – Konsep perniagaan makanan komuniti berjenama RIZQ IBU telah dilancarkan secara rasmi di Tapak Vendor, Taman Maju, Jasin, oleh YBhg En. Haris Fadzlah, Pengasas SANDBOX Malaysia. Pelancaran ini turut menyaksikan pengiktirafan kepada YBhg Puan Nur Anizah Hamzah, Pengurus SANDBOX Jasin, atas usaha gigih beliau merealisasikan pembukaan premis ini.
RIZQ IBU berfungsi sebagai platform menjana pendapatan kepada suri rumah dan usahawan tempatan melalui konsep vendor. Usahawan SANDBOX, khususnya ibu-ibu yang memasak dari rumah, kini boleh menghantar produk mereka untuk dijual secara fizikal di premis RIZQ IBU. Harga makanan dan minuman di sini ditetapkan pada RM3.00 sahaja bagi memudahkan capaian pelanggan pelbagai lapisan.
Antara hidangan yang ditawarkan termasuk kuih-muih, mi, bihun, nasi goreng, serta makanan tengah hari dan petang.
Menariknya, RIZQ IBU turut bakal menyokong pembelian atas talian melalui rizqmall.com, memudahkan pelanggan membuat tempahan untuk acara seperti kenduri atau majlis rasmi.
Perancangan Masa Hadapan. Beberapa lagi cawangan RIZQ IBU akan dibuka di seluruh negeri Melaka, seterusnya diperluaskan ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Untuk penyertaan dan maklumat lanjut:
📞 Melaka: Puan Nur Anizah Hamzah – 011-6449 4217
📞 Semenanjung: 011-1528 2020 / 011-1538 2020
🌐 https://ideasberhad.com | https://sandboxmalaysia.com
🔗 Join Group Rizq Ibu : https://chat.whatsapp.com/KHaYH0nf9BO6nsHsSCAlQN