PERBINCANGAN AWAL KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IDEAS DAN DPPPM-WC

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Syarikat kumpulan IDEAS Berhad telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia – Wuxi, China (DPPPM-WC) hari ini bagi menjalin kerjasama strategik dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

IDEAS diwakili oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali serta YBhg Datuk Dr Ts Hisham Bakti Abu Bakar, manakala pihak DPPPM-WC diwakili oleh YBhg Dato’ Sri Sharizal Sarip, Ahli Jawatankuasa Dewan.

Antara fokus utama perbincangan ialah potensi eksport produk Makanan & Minuman (F&B) usahawan tempatan ke Wilayah Wuxi, China, melibatkan 170,000 mesin layan diri serta pasar raya di negara tersebut, dengan kerjasama strategik MATRADE. Proses pengumpulan produk akan dikendalikan oleh IDEAS melalui rangkaian usahawan di seluruh Malaysia.

Selain itu, turut dibincangkan ialah teknologi GenZack – sebuah janakuasa tenaga berasaskan teknologi graviti, tanpa keperluan elektrik, solar, air atau minyak – yang dibangunkan oleh IDEAS GenZack Sdn Bhd untuk pasaran tempatan dan luar negara.

IDEAS dan DPPPM-WC turut menyentuh pelaksanaan Program Pemerkasaan Kedai Runcit Muslim (RIZQMART), termasuk sokongan geran dan dana daripada SANDBOX Malaysia.

Perbincangan selama hampir dua jam itu ditangguhkan dengan beberapa keputusan akan dimuktamadkan dalam minggu hadapan sebagai langkah susulan ke arah kerjasama yang lebih kukuh.

  • Related Posts

    PROGRAM PEMERKASAAN KEDAI RUNCIT MUSLIM DI SELURUH NEGARA

    PENGENALAN Industri kedai runcit Muslim di Malaysia kini berdepan cabaran yang semakin kompleks dan mencabar. Persaingan bukan sahaja datang daripada pasar raya besar dan kedai serbaneka seperti 99 Speedmart, KK…

    Perbincangan Awal IDEAS Berhad / RIZQMART dan Wakil MAIDAM Pembangunan Masjid Mart di Terengganu

    PUTRAJAYA 15 Feb – Wakil YB Senator Haji Hussin Ismail, ADUN daripada Negeri Terengganu telah mengadakan perbincangan awal mengenai kerjasama bagi melaksanakan pembangunan 511 koperasi masjid di Negeri Terengganu dan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    PERBINCANGAN AWAL KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IDEAS DAN DPPPM-WC

    PERBINCANGAN AWAL KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IDEAS DAN DPPPM-WC

    RIZQ IBU DILANCARKAN SECARA RASMI DI JASIN, MELAKA, Platform Pemerkasaan Ekonomi Surirumah dan Usahawan Komuniti

    RIZQ IBU DILANCARKAN SECARA RASMI DI JASIN, MELAKA, Platform Pemerkasaan Ekonomi Surirumah dan Usahawan Komuniti

    PELUANG PELABURAN PROSES & REFINERY EMAS (KONSEP MUDHARABAH)

    PELUANG PELABURAN PROSES & REFINERY EMAS (KONSEP MUDHARABAH)

    Motivasi Usahawan Muslim Hari Ini (9 Jun 2025)

    PROGRAM PEMERKASAAN KEDAI RUNCIT MUSLIM DI SELURUH NEGARA

    PROGRAM PEMERKASAAN KEDAI RUNCIT MUSLIM DI SELURUH NEGARA

    Motivasi Usahawan Muslim Hari Ini (8 Jun 2025)